Meninggal Dunia Shariff_Dol

Shariff Dol meninggal dunia diusia 53 tahun pada hari Jumaat, 27 April 1979 akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Singapura, beliau dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu deman dan cirit-birit. Shariff Dol meninggalkan seorang isteri, Alimah Ahmad dan 10 orang anak, jenazah beliau disemadikan di Pusara Aman, Singapura. [3]